~dApUr eKsPeR!mEn~

CUPCAKE

Bahan-bahan ( 12 biji )

* 200 g butter
* 160 g gula kastor(resepi sebenar guna 180g)
* 3 sudu besar tepung kastard
* 220 g tepung naik sendiri
* 4 biji telur
* 1 sudu kecil vanilla esen

Cara-cara
1. Panaskan oven kepada 175deg. Ayak tepung naik sendiri dan tepung kastard.
2. Pukul butter dan gula sampai kembang.
3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul.
4. Tambahkan vanilla esen ke dalam adunan tadi. Kemudian, masukkan tepung yg telah diayak.
5. Isikan muffin tray dgn muffin cup. Masukkan adunan tadi ke dalam muffin cup. Kalau guna scoop ice cream lebih senang.
6. Bakar selama 20-25 minit atau hingga cupcake masak. Siap dan hidangkan. Kalau rajin, bolehlah 'deco2' kan cupcake tu dgn icing or whipped cream.

DORAYAKI

Bahan-bahan ( 10 biji )

*100 gm tepung gandum         }     
*1/2  sudu kecil baking soda   }    ayak
* 60  gm gula halus
* 2    sudu besar madu
* 2    biji telur
*1/2  sudu besar minyak masak
*1/2  sudu kecil vanila

Cara-cara

1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan madu, minyak serta esen vanila.
3. Masukkan tepung dan baking soda, kacau dengan kaedah kaup balik. (kalau terlalu pekat sila tambah susu cair)
4. Goreng atas pan tanpa minyak.
5. Boleh letak ape2 filling dan tindihkan 2 keping dorayaki tadi. Selamat mencuba =)

KEK KEJU KUKUS 
bahan A:-  
* 3 biji telur
* 100gm gula
* 1 sudu makan ovalette
bahan B:-
* 50gm tepung gandum
* 20gm tepung jagung
* 1 sudu teh garam
* 40gm susu tepung
bahan C:-
* 250gm cream cheese
* 50gm butter

Cara-cara

1. pukul A hingga kembang. masukkan B. gaul rata n sebati.
2. pukul C berasingan hingga halus n lembut, masukkan kedalam campuran A n B tadi.
3. masukkan kedalam loyang n kukus selama 20 min.
4. sejukkan n potong...

P/S:cover loyang dgn foil supaya wap xjatuh ats kek, masuk kn kek ke dalam pengukus yg telah panas..

FETTUCCINE CARBONARA

bahan :- 
* 2 biji telur
* 150gm keju mozzarella
* 100ml krim pekat
* 1 biji bawang besar
* 1 biji tomato
* udang (ikut suka)
* 3/4 paket fettuccine (1 paket = 500gm)
* garam
* serbuk lada hitam
* marjerin


Cara-cara

1. gaul udang dgn sedikit garam dan serbuk lada hitam.
2. cairkan sedikit marjerin, tumis bawang dan masukkan udang setelah bawang naik bau.
3. angkat udang yg telah masak, didihkan air dalam kuali yg sama dan rebus fettuccine.
4. sementara menunggu fettuccine, pukul telur bersama krim pekat. masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. potong tomato mengikut suka.
5. masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam ke dalam fettuccine yg direbus.
6. campurkan udang, tomato, campuran telur dan krim serta keju ke dalam mangkuk besar.
7. toskan fettuccine yg telah lembut dan gaulkan dgn bahan2 di dalam mangkuk besar ketika masih panas. gaul hingga sekata dan kelihatan pekat. sedia untuk dimakan.. =)



p/s:resepi dr martha steward show, petua martha, stp bahan perlu d beri rasa maka xperlu letak garam terlampau banyak.

GRILLED SALMON WITH BLACK PEPPER AND OREGANO

bahan :- 
* 2 keping salmon (0.5 kg)
* oregano kering (brand tesco RM3.99 je sebotol)
* lada hitam
* garam
* minyak zaitun
* 1 biji lemon


Cara-cara

1. perap salmon dgn sedikit garam dan serbuk lada hitam.
2. panaskan minyak zaitun (dlm 1-2 sudu sahaja), salai di dalam kuali leper.
3. masak sehingga keluar lemak putih dan isi bertukar kepada oren cair.
4. tabur oregano kering ke atas ikan dan angkat.
5. hidang bersama lemon. 




SALAD KENTANG DAN BAWANG

bahan :- 
* 5 biji kentang
* 1 biji bawang besar (yg warna kuning)
* 2 ulas bawang putih
* 5 sudu besar mayonis
* lada hitam
* oregano kering
* garam
* minyak zaitun



Cara-cara

1. rebus kentang tanpa mengupas kulit sehingga empuk. masukkan sedikit garam.
2. setelah empuk, sejukkan kentang dan kupas kulit.
3. potong kentang kepada kiub besar (lebih kurang 2cm x 2 cm).
4. potong bawang besar kepada kiub kecil.
5. potong bawang kecil nipis.
6.gaulkan semua bahan sehingga sekata.


No comments: