29 May 2014

Menunggu sesuatu…

Assalamualaikum.. Smile

tadi baru saja menghantar permohonan untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana (coursework), di UKM dan UTM..harap salah satu akan beri berita baik..sebenarnya dah lama pun isi borang, tapi sebab kesibukkan kerja, asyik lupa nak sahkan salinan skrol dan transkrip, dan juga dapatkan surat rujukan daripada pensyarah..daripada 2 orang pensyarah, seorang balas email, dan seorang lagi senyap saja..jadi semalam baru aku teringat yang aku ada nombor telefon pensyarah ni, aku beranikan diri telefon dan bagitahu dia yang aku ada email tapi tak ada jawapan..tak sangka hari ni dia balas terus dengan surat rujukan, dan tanya macam mana dengan permohonan UKM, tak perlu surat rujukan ke..aku cakap UKM akan email terus kepada dia tuk lengkapkan surat rujukan.

jadi sekarang, tunggu saja la..andai ada rezeki, bulan 9 ni akan sambung belajar semula..hati aku berat kepada permohonan UKM sebenarnya..Sarjana Sains Entomologi..belajar tentang serangga, cara nak kawal serangga tanpa cemarkan alam sekitar..almaklumlah, kerja aku sekarang ni, macam memusnahkan alam sekitar saja..huhu..dan UTM pula, Sarjana Sains Kimia..lebih kepada kimia analisis dan kawalan kualiti..mungkin juga boleh jadi batu loncatan tuk aku masuk makmal sepenuh masa semula..

selain daripada tunggu permohonan ni, ada perkara lain juga yang aku tunggu..tapi yang ini tiada jawapan yang pasti..memang sekadar tunggu dan lihat, apa yang akan terjadi..tunggu tuk lihat kesungguhan seseorang..dan tunggu jawapan yang aku cari, adakah apa yang aku percaya selama ini, sekadar ilusi, atau memang realiti..harap akan dapat jawapan yang pasti, suatu hari nanti.. Winking smile

5 comments:

Ujie said...

eceh..eceh..akak rasa yg kedua tu lebih mendebarkan kot. hehee

akak doakan moga fadh dapat yg terbaik. insya Allah.

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

alamak segan plak dgn kak ujie..igt kn kak ujie bz wt biz skrg x blogwalking dh..haha..btw, thanx kak ujie.. :)

Time Traveller said...

Di doakan moga yang terbaik untuk CK.. moga dipermudahkan segala urusan :D

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

owh thanx afif.. :)

Adnil Linda said...

wah...goodluck fad...semoga dapat ap yg dihajati..amin...