06 May 2014

5 soalan sebelum hubungan dilanjut …

Assalamualaikum..
dah lama aku tak menulis kan??haha..setiap kali janji nak rajin menulis semula, setiap kali tu juga akan menghilangkan diri dari dunia blog..haha..jadi kali ni aku taknak janji apa-apa lagi..kalau aku rajin aku tulis, kalau aku tak rajin, aku biarkan bersawang blog ni.. Smile with tongue out
ok cerita ni tentang sabtu lepas, dating dengan naemah di pesta buku pwtc..kali terakhir jumpa naemah waktu hantar zed dekat klia dlu, sebelum puasa rasanya..jadi pergi ke sana, aku beli 6 buah buku, 1 saidina..saidina tu tuk anak-anak saudara main kalau diorang datang, tak ada la asyik mengadap smartphone saja..3 buku aku beli adalah biografi, salahuddin al-ayubi, umar abd aziz, dengan samsiah fakeh (bapak tanya dah tak ada buku lain ke nak beli??heee~)..lagi 3 buku berkenaan solat, tapi 1 nak hadiah dekat orang..hehe
oleh kerana duet peruntukkan buku dah habis guna, niat nak singgah booth telaga biru dengan pts pun kitorang batalkan macam tu saja..tapi waktu nak jalan keluar dari pwtc, terperasan 1 buku ni..macam menarik saja nak baca, tapi tak tahu kenapa selalu kedekut nak beli buku2 berkaitan psikologi lelaki perempuan ni..huhu..jadi duduk dekat tepi baca 1 bab penting saja dengan naemah..haha
IMG-20140503-00530[1]
5 soalan sebelum hubungan dilanjut..asalnya aku maen selak-selak saja buku ni, nak tengok buku ni pasal apa..tetiba terjumpa pula bab tu..tu yang terus curi baca kejap..hehe..buku ni walaupun ditulis oleh orang putih, tapi yang menariknya matlamat tetap perkahwinan..meh nak kongsi 5 soalan tu..hehe
  • Apakah matlamat jangka pendek kamu?
soalan ni berkaitan dengan matlamat seseorang dalam masa 3-5 tahun, lebih kepada tuk tahu apa yang lelaki tu buat pada masa ini dan apa cita-cita dia dalam masa terdekat ni..kalau kita rasa mahu ‘turut serta’ dalam rancangan jangka pendek dia tu, boleh la bertanya lebih lanjut..tapi kalau rancangan jangka masa pendek pun tak ada, apatah lagi usaha, lebih baek tinggalkan saja..
  • Apakah matlamat jangka masa panjang kamu?
andai rancangan jangka masa panjang dia masih sama atau tiada lansung, maksudnya dia masih tidak serius berfikir soal hidup..jadi hubungan tu pun berkemungkinan takkan kemana..kalau dah tanya 2 soalan ni dan jawapan tak memuaskan, kita tak wujud lansung dalam rancangan masa depan dia, baek berhenti berangan..
  • Apakah pandangan kamu mengenai perhubungan?
soalan ni, tak perlu hubungan serius pun tuk ditanya..sebab perhubungan ni lebih kepada hubungan dia dengan Tuhan, dengan keluarga..tuk tahu cara dia berfikir mengenai komitmen, bagaimana diri dia dengan orang sekeliling..tanya hubungan dia dengan ibunya, kerana hubungan dengan ibu yang membentuk cara seorang lelaki hormat pada wanita..(aku kenal lelaki yang tak ambil kisah pasal ibu, dan ya, dia mmg tiada rasa hormat pada wanita pun!)
  • Apakah saya pada fikiran kamu?
sekali baca macam tentang perasaan kan??tapi jangan tersilap, soalan ni lebih kepada impression seseorang terhadap diri kita..apa yag dia nampak pada kita..dari soalan ni kita boleh tahu cara lelaki tu menilai kita..
  • Apakah perasaan kamu terhadap saya?
ok yang ini..memang tuk tahu tentang perasaan lelaki terhadap wanita la..haha..tapi dalam buku ni kata, normal kalau lelaki takut nak jawab, sebab lelaki memang payah nak kongsi perasaan..
persoalan sekarang ni, nak tanya kat siapa pun tak tahu soalan ni..haha Smile with tongue out

8 comments:

NARDtheNERD said...

teori tak sama dengan praktikal.. haaa gituwww :P

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

hehe..tp ak setuju dgn teori ni..lebih baek tanya soalan serius dulu sebelum decide nk suka @ x dgn seseorang tu..kalau dr awal dh tau bende2 serius ni x selari, tak payah buang masa dan cari pasal nk kecewakan hati sendiri.. ;)

J.A KUANTAN ANALISA said...

kalau tanya awal2 kang org ckp kita saiko? ke tak? hahahaha


faz

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

ni faziana ke??

fazika puspa said...

yelah.hahaha

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

fuh nasib baek betul..
ak igt kn bdak kuantan mane la..
haha

Time Traveller said...

Soal hati ini kadang susah nak di terjemah kan dengan kata2.. apapun kalau ikhlas seseorang insyallah ada je jalan baik dan mudah nyer ;D

http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/royal-belum-part1-calling-from.html

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

owh ade pembaca baru..segan plak..igtkn kwn2 je yg akn bace blog ni..huhu

insyaAllah..moga ade la org yg ikhlas tu in future.. :D