24 March 2014

cerita hujung minggu

assalamualaikum..
seperti yg semua rakyat malaysia sedia maklum(kalau mengikuti isu semasa la), semalam telah berlansung PRK di Kajang..jadi mulai semalam, ADUN Kajang yang baru adalah Datin Seri Dr. Wan Azizah..selamat bertugas Dr..semoga dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik tuk penduduk di Kajang.. :)

jadi cerita hujung minggu aku, bermula hari sabtu, buat operasi mengeluarkan meja kopi serta almari buku dalam bilik..ingatkan sikit saja barang2 aku, sebab baru saja beberapa bulan lepas aku buang barang2 yang tak perlu..sekali bila keluarkan semua dari almari dan letak atas katil, penuh katil 'double decker' yg bawah besar tu..dah petang sikit, pergi ikea tuk beli meja dan rak buku baru..cadang nak pergi kejap saja, tapi bila tersilap masuk highway, lepas tu dengan projek MRT yang buat jalan jadi bersimpang siur, pukul 5++ baru sampai..barang yang aku cari pula dah diberhentikan pengeluaran, tinggal apa yang ada saja..terpaksa tukar plan dan cari meja lain..nasib baik la jumpa yang sepadan dengan rak EXPEDIT tu..hehe..pergi makan, solat, cari hadiah tuk anak2 sedara dan bahan masak, baru masuk semula ikea tuk beli barang..nasib baik la kawan baik aku sudi tolong aku hari tu, tolong angkat rak yang tersangat berat tu..hehe..sampai rumah, buli abang ipar pula tolong angkatkan dari kereta ke dalam rumah..

cerita hari ahad pula, pagi-pagi sambung punggah barang, alihkan almari buku lama ke tepi pintu..abang datang nak mengundi, buli dia tuk angkat rak yang baru beli tu ke atas pula..lepas tu pergi mengundi(kakak-kakak cakap aku masuk berita RTM.. :p) lepas tu terus pergi makan kenduri kawan bilik aku..balik dari kenduri, masak-masak, pergi rumah kakak sulung makan-makan dengan adik beradik yang lain + majlis harijadi zharfan..dah selesai semua, minta tolong abang ipar lagi sorang tuk bawa turun rak lama..

setiap hujung minggu pun mesti padat dengan aktiviti macam ni..sampai kawan-kawan aku cakap, kesibukkan aku ni kadang-kala mengalahkan orang yang dah berkahwin..haha

p/s: tak sabar nak balik kerja, nak pasang almari baru.. :D

3 comments:

Akak Adek said...

As salam sis..,

Tabah sgt sis ni. Sangat bangga bila sis cerita.
Even penyakit itu tiada penawarnya - hanya bergantung pd ubat kan...?

Sy pun mengalami benda y sama,kecuali asthma & psoriasis. .

Kita kena kuat kan sis? Member office mngalami psoriasis y agk teruk, & sy kuat pun krn dia. Dia sgt tabah.

Jom, kita lawan dgn semangat & usaha y kuat, ok..?

^___________^


p/s:tiada penyakit y tiada ubat selain mati

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

wassalam..tabah??mcm x sgt je..hehe..pape pn thanx bg semangat.. :)

Time Traveller said...

Tahniah la pada muka baru untuk Dun Kajang.. walau dari parti mana mereka moga buat lah kerja dengan baik :D

Biasa la waktu weekend memang sibuk sebab itu la masa nak buat semua benda yg hari lain tak sempat nak buat kan ... * famous lamasuk RTM huhuu..