18 March 2014

cemeng!

assalamualaikum..
kebelakangan ini, ada seorang kawan aku suka kongsi ujian personaliti di FB..aku ni kalau bab jawab-jawab soalan mmg suka..dan setiap kali aku jawab soalan ujian personaliti, mesti akan ada perkataan 'sensitif' dalam karakter yang dapat..maka, mmg tak boleh nak nafikan la yang aku ni sensitif orangnya..haha..dalam bahasa mudah, cemeng!!

kalau nak diikutkan, kawan-kawan rapat yang sama belajar dengan aku mmg tahu la perangai aku yang boleh tahan kuat merajuk..mungkin juga sbb faktor umur aku yang muda setahun dari diorang buat aku kadang-kadang mengada terlebih.. :P cuma kalau dengan kawan-kawan seusia saja karakter aku berbeza sikit..dan aku pula, kalau dengan kawan rapat, aku akan tunjuk kalau ada terasa apa-apa, kalau tak cukup rapat atau aku rasa benda yang buat aku terasa tu tak cukup penting pun, aku layan rajuk sorang-sorang dan tak tunjuk pun..

sekarang ni sedang cuba kawal kecemengan aku dengan seorang kawan rapat yang seusia ni..sebab kalau dengan dia, akan jadi kes  sama-sama cemeng..haha..dia pun terkejut yang karakter aku sebenarnya macam ni, sebab selama ni waktu tak rapat nampak aku macam konon-konon 'heartless' gitu..awal-awal dulu kalau dia asyik merajuk aku layankan saja..tapi lama-lama, penat la pujuk orang, aku nak merajuk jugak la..haha..tapi bila dapat kawan kuat merajuk ni, buat aku teringat dan hargai zed, fiq dengan wan..dengan olyn yang dari zaman sekolah sabar saja kalau aku balik sendiri tiba-tiba tak cakap apa-apa..dengan aini yang aku akan senyap sepanjang hari..terima kasih sebab bersabar dengan kerenah adik korang selama ni.. (^^,)v

owh selain dari sensitif, ujian personaliti aku selalunya ada 'strong relationship with friends' juga.. :)

p/s:walau aku tak cakap, walau orang yang bercakap tu jenis cakap nada lembut, kalau ayat tak berlapik lansung walaupun aku dah terangkan elok-elok, aku tak mampu nak pujuk, sbb aku sendiri pun masih lagi cuba memujuk hati aku tuk terima kata-kata tu..

4 comments:

Ujie said...

1st time akak tau cemeng ni tau. Mula2 ingat cengeng. :D

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

cengeng ke, cemeng ke, cembeng ke, same je..haha..tp kt rumah mak saya cakap cemeng..so saya pn ikut je la..

Muhammad Taufiq said...

Suka sangah baca blog awk :) Baru-baru ni saya ada buat blog, jemput singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blospot.com :D

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

owh iye ke??thanx taufiq.. :)