20 March 2014

asthma vs eczema..

assalamualaikum..
asthma dan eczema..2 penyakit yang saling berkaitan..kedua-duanya boleh ada pada seseorang, tapi jarang berlaku serentak..dan aku, memang dari kecil ada kedua-dua penyakit ni..sampai sekarang masih bergantung pada ubat tuk mengawalnya..

semalam, jumpa Dr untuk pemeriksaan rutin..Dr cakap dah boleh kurangkan dos  preventer(daily usage steroid inhaler to prevent asthma attack)..aku dah pakai inhaler ni 3 tahun rasanya..mula pakai sebab kerap sangat kena serangan asthma..dan selalunya, aku akan cuba-cuba tuk berhenti bergantung pada preventer, tapi 2 minggu tak pakai saja, mula la dada rasa ketat dan macam sesak nafas..kalau pakai, penat macam mana pun susah nak kena serangan..tp sebulan ni, memang aku terlupa nak guna..lepas baek baik batuk, walaupun cuaca berjerebu, tapi alhamdulillah bernafas dengan elok saja..

ok sekarang nak cerita pasal eczema aku pula..kan tadi dah cakap asthma aku macam dah baik kan..malangnya eczema aku pulak yang makin menjadi-jadi..tambah sekarang dengan cuaca berjerebu berhabuk..kulit sentiasa gatal saja..hari ni pula tengok cermin eczema aku dah melarat sampai ke muka..huhu

seseorang yang ada penyakit asthma dan eczema selalunya akan kena penyakit ni secara bergilir-gilir..dan memang betul pun..sebab aku sendiri perasan..bila aku kena asthma, kulit aku agak cantik(tak selicin orang normal, tapi tak ada la terlalu sensitif)..dan waktu aku kena eczema, asthma aku seolah-olah hilang terus..

mungkin kena cari suami yang tak ada genetik asthma dan juga penyakit kulit..kesian anak aku nanti kalau mewarisi segala penyakit ni daripada aku..dengan asthma, eczema dan aku ada psoriasis juga..tapi apa pun, syukur atas nikmat Allah beri..ramai lagi orang yg tak bernasib baik berbanding dengan aku.. :)

No comments: