12 February 2014

cabaran 40 hari

Assalamualaikum..
sudah lama sangat biarkan blog ini sunyi sepi..agak kekontangan idea untuk menulis walaupun banyak yang nak dicerita sebenarnya..biasalah, orang yang tak ada bakat menulis ni memang susah sikit nak olah cerita ke dalam bentuk penulisan..hehe..

alhamdulillah, baru 2 hari kembali dari umrah..satu perjalanan serta pengalaman yang sangat menyentuh jiwa dan sukar digambarkan dengan kata-kata..banyak perkara baru yang dapat dipelajari sepanjang 12 hari berada di mekkah, madinah dan juga jeddah..tengok pelbagai budaya, bermacam ragam manusia, buat hati rasa rendah diri sangat..ada yang sampai kematu tumit berjalan jauh, ada yang terkira-kira duit setelah berkongsi roti dan air sebagai hidangan makan tengahari, ada yang sekadar berbaju lusuh walaupun cuaca agak sejuk, tapi tetap bersemangat tuk beribadah..yg bongkok tiga, tapi laju berjalan tuk mencari saf paling depan..yg tak berkaki, mengheret badan bertawaf di celah orang ramai..terasa diri kerdil sangat..aku, cukup makan, cukup pakai, cukup anggota badan, masih muda dan bertenaga, tapi banyak sia-siakan apa yg aku ada..

orang kata, aku pun tak pasti betul atau tidak, kalau nak tengok keberkatan ibadah seseorang, tengok la perubahan selama 40 hari selepas pulang..masih istiqamah, bertambah baik, kembali kepada asal @ semakin teruk??aku harap, aku dapat lalui 40 hari ni dengan baik..cuba istiqamah dengan amalan-amalan yang dilakukan sepanjang berada di sana dahulu..

semoga Allah kuatkan hati ini, kuatkan iman ini, tingkatkan tahap ketaqwaan diri ini kepada-Nya. Amin.

1 comment:

NARDtheNERD said...

mane gambar. hikhik.