17 September 2012

dalam hati ada taman botani

Assalamualaikum..
hujung minggu lepas pulun betul aku merayap..
sabtu pusing bangi, pusing jusco cheras selatan, kenduri kerol, subang parade jumpa paan..
macam tak percaya saja dah lebih 5 tahun aku tinggalkan matriks melaka..
tapi hubungan dgn kawan2 masih tidak putus..kerol dah kahwin, paan dah jadi jurutera.. =)
konon rancang nk jumpa zed sekali, tp masa mencemburui kami..lain kali ye zahiah..
lepas lepak-lepak subang parade dengar 2 org jurutera bersembang, terus pecut ke bangi..
igt kn nk singgah solat sekejap je kt rumah kak da..sekali sampai jam 10.30 aku lepak..
tanya-tanya pendapat kt kak da tentang hala tuju masa depan aku..
mcm2 soalan yg kak da bagi..plg penting, btul ke aku nk terus kerja dlm bidang racun ni??
almaklum la kak da ni ibu + isteri bekerjaya, jd belum apa2 lg die dah fikir jauh ke depan..
sesuai ke tidak bidang yg aku kerja ni kalau mengandung, kalau ada anak nk menyusu bagai..
memang tak tercapai akal aku yang bujang terang tangtang ni fikir sampai ke situ..huhu
sbb dh lewat malam dan mak dah berapa kali telefon takut aku merayap ntah kemana..
jadi aku pn balik dan sambung fikir dekat rumah pula..huhu
esok nye tghari pergi ke bangi semula lepas org jauh dah daftar keluar hotel..
jemput kakak ira, hakim dgn iqa dekat rumah kak da..kesian ila nk ikut..tp kecil lg..
pergi cari tiket bas dulu sekejap dekat stesen bas kajang dan makan..
baru la kitorg gerak pergi taman botani, putrajaya..
sebelum ni pergi dengan kakak ira dan iqa saja..tp dh agak lewat tak sempat pusing..
kali ni mmg kitorg jalan sungguh2 1 taman botani tu..sian anak2 buah jln jauh..
ucu igt kn kecil saja taman botani ni..huhu
tapi seronok tgk diorg semua gembira main-main dekat taman tu..
dan seronok juga tgk diorg gembira walau ada org luar bersama.. (^___^)



No comments: