13 August 2012

pencapaian 23 tahun..

Assalamulaikum..
waktu menulis ni, aku tak tahu kenapa tgn aku sgt menggigil..
mungkin sbb aku baru saja buat satu keputusan yg agk berat..
yg bkn la mengejut..sbb hati dah lama pn tergerak..
lagi beberapa hari saja nk jangkau umur 23 tahun..
dan hati rasa sayu dgn pencapaian diri selama 23 tahun ini..
selalu tertanya2 bila nk jadi mukminah??
bila nk jadi ank yg solehah tuk kedua ibu bapa??
bila nk jadi pekerja yang amanah??sahabat yg baik??
masyarakat yg bertanggungjawab??

masa awal ramadhan dulu, bersemangat nk jaga hati, jaga aurat,
jaga batas pergaulan, jaga waktu, jaga ibadah..
tp terasa mcm makin tak terjaga saja semuanya..
pdhal masa ramadhan ni la lg mudah nk didik jiwa..
yup jiwa!sbb perubahan luaran akn bermula dr kesedaran jiwa..
sebaliknya masa ramadhan pula jiwa makin tak tentu arah..
berperang dgn nafsu yg mahu berseronok saja..tak mudah~

peringatan Allah dh bagi tuk sentiasa insafi diri..
arwah Tok dan Opah meninggal ketika awal ramadhan..
didikan agama mak dgn bapak dah bagi dr kecil lg..
teguran hampir setiap masa pn kak epah akan beri..
tp hati kdg2 keras nk akui kesilapan diri..

harap semoga hati ini terus istiqamah tuk perbaiki diri..
usia bkn semakin bertambah..tp semakin berkurang..
tak tahu berapa lama lg masa yg tinggal tuk aku..
nikmat kesihatan satu demi satu Allah dah tarik..


kepada semua yang sentiasa berada di samping aku,
andai aku terlupa, tlg ingatkan aku semula.. :')

p/s:semoga Allah kuatkan hati..

10 comments:

Anonymous said...

insyaallah, kau boleh fadh!! hehe

faz.

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

thanx faz for the support.. =)

Shayra Hint said...

haah? baru nak masuk 23 ke?
*jeles*

insyaAllah, doa yg terbaik fadh :)

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

ye la kak she, saya bru nk msuk 23..huhu

thank kak.. =)

Hanis MY said...

InsyaAllah doa byk2...

~~oOpEt~~ said...

fadh.. ko boleh :) aku yakin ko boleh fadh :)

MoHDFiQRiiZWaNSHaHJaMiL said...

Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)


Mata, telinga, mulut dan fikir adalah jalan bagi hati..Tutuplah jalan2 tu dgn perkara2 yang membesarkan ALLAH..Lihat perkara yang haq,dengar perkara yang haq,cakap perkara yang haq dan fikir perkara yang haq..Maka pintu2 kebatilan akan tertutup..


Kekuatan pada amal adalah datang dari iman yang kuatdan sempurna..Utk dapat amalkan segala kebaikan,usaha atas iman perlu dibuat..Contoh mudah,iman umpama enjin,amal umpama jarak yang ditempuhi dan ilmu adalah arah yang dikawal..Walau hebat macammana sekalipn arah kawalan,enjin rosak,xbermakna..Jarak yang dapat ditempuhi xseberapa..Cube body kete,masuk enjin moto yang cc bawah 100..Agak2 camne jadinya..?
Jadi,untuk capai jarak yang jauh,perlukan kapasiti enjin yang besar..

Maka, usaha yang paling utama adalah baiki iman..Iman umpama angin,xdapat dilihat..Tapi dapat dirasa..Iman bukan sekadar percaya..Iman adalah keyakinan..Dan iman juga adalah ikhlas..Iman tak dapat dipelajari dengan duduk goyang kaki,angkat tangan,dengan harapan ALLAH akan bg iman..Iman perlu dicari..Iman perlu diusahakan..Iman sangat diperlukan..Lebih diperlukan daripada makanan,minuman dan udara..Walau tiada udara,masih boleh bertahan untuk beberapa ketika..Tetapi sesaat,hatta sedetik tiada iman,kemudian mati,neraka selama2nya..Nauzubillah..

Moga ALLAH bukak jalan untuk mereka yang mahu mencari hidayah..Moga ALLAH mudahkan..InsyaALLAH..

Wallahua'lam.. ^^

Ujie said...

Muda lagi fadh ni..beza 11thn dgn akak.

Kita sume sntiasa perlu kpd peringatan..

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

pet n Pn hanis, thanx..=)

fiq, ni la sbb ak syg ko as kwn dunia akhirat.. =')

kak ujie, mne ade muda, dh dewasa pn..bkn remaja lg..huhu

MoHDFiQRiiZWaNSHaHJaMiL said...

InsyaALLAH..

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Al-’Ankabut: 69

Wallahua'lam.. =)